Assalamu'alaikum w.b.t.... to all yg mengenali dan pd yg x kenal pd diri hamba,pacar yg hina ini.
Al-kisah blog ini nawaitunya nak di reka & dipublish sejak dr thn 2005 lagi,tapi hajat ini tercapai baru tahun ni...pelbagai kekangan2,onak ranjau,gempa bumi,tsunami,letupan gunung berapi Krakatau dll lg musibah telah menggagalkan blog ini di'publish' belum dikira lagi musibah pen drive dan pc diserang virus dan mujurlah Karspesky datang lewat tahun 2010 maka ada harapanlah penerbitan blog yg x seberapa rupanya ini.
Walaupun disedari secara aqliahnya diri ini tiada peminat spt mana2 selebriti,maka dirasa tidak semestinya dah jadi artis baru boleh popular..cuba menongkah arus,label JANGGUTMENZ BUNDLE cuba diangkat ke seantero dunia baik dr Gugusan Kepulauan Hindi mahupun ke Tanah2 Hijjaz,cuba ambil selekoh,merentasi Benua Uerope seterusnya menyeberangi fly-over untuk ke Indo-China.Mungkin dengan Boeing 737 tidak boleh diharapkan memenuhi impian ilusi ini tetapi usaha ini akan enteng kerana JANGGUTMENZ BUNDLE akan meredahi benua2 itu melalui dunia tanpa sempadan....tanpa kenderaan dan tanpa tol.
Adalah menjadi harapan yg bukan khayalan..kepada rakan2 Bundle,peminat,pembeli,penjual, sama2 dpt gunakan ruangan blogging ini untuk berdiskusi,namun diharap ianya ringkas dan positif .Hatta diharap juga ada posting memosting gambar2/artikel yg boleh mendatangkan impak maximum pitis.Matlamat tidaklah menghalalkan cara.Justeru, dengan meminimumkan bicara2 laghah,InsyaAllah, usaha mendatangkan hasil pitis dengan segera akan berhasil,sekaligus Janggutmenz boleh cepat kaya dan ownernya boleh cepat pergi menunaikan Haji di Tanah Suci sebelum kembali menemui Rabbul 'Izzati.
Akhir kata...marilah bersama-sama kita mereformasi dan transformasikan kaedah pemakaian kita daripada membazir dengan membeli barangan Made In China,kita tukar kepada satu gerakan pembaharuan dengan memakai Bundle yg Made & Build by Janggutmenz Bundle.Tiadalah makna kehidupan ini,jika kita hanya berbangga dengan memakai sekian banyak jenama2 antarabangsa tetapi sumbernya adalah dr Petaling Street,Ghuangzou China,atau dari gerai Ah Seng di pasar malam belakang rumah....BUNDLE adalah KHAZANAH ALAM untuk SANG PENCINTA ALAM..
Laporpo..Latarakonsi...
*melaporkan dr bilik berita.
